Ruangan blog ini menyediakan maklumat berkenaan petua petua orang kita yang boleh diamalkan demi kesejahteraan hidup disamping itu ia juga disertakan dengan madah kata...
Ketiak berbau masam membuatkan sesorang berasa tidak selesa untuk berada dikhalayak ramai. Sedikit sebanyak menganggu pergaulan dan menjatuhkan imej. Sahabat sendiri pun kadang kadang tidak melayan jika kita berhadapan dengan masalah ini.
Di sini saya ada satu petua yang boleh digunapakai dan diamalkan oleh kawan kawan semua.
Petuanya ialah :
- Anda ambil timun (mengikut anggaran) dan kisar. Sebab anda perlukan "jus" nya.
- Kemudian, lumurkan jus timun tadi ke seluruh badan anda. Terutamanya pada bahagian ketiak.
- Biarkannya serap ke tubuh anda dalam beberapa minit sebelum membersihkannya atau mandi.
- Lakukan cara ini setiap 2 minggu sekali sampailah anda merasai hasilnya.
-Jika anda mengamalkan secara berterusan, ia bukan saja mampu menghilangkan bau badan. Malah dapat menyegarkan badan dan mengelakkan daripada terkena penyakit kulit.
Pisang Merawat Kudis dan Luka Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut