Thursday, 3 November 2011

KEJUTAN ELEKTRIK




Pernah ke kita atau ahli keluarga  terkena kejutan elektrik. Biasa orang yang terkenan kejutan elektrik pada peringkat biasa akan menyebabkan badan lumpuh seketika… jadi untuk mengelak perkara ini dari terus berlaku yang mungkin menyebabkan kehilangan nyawa.cuba petua ini. Ambil air kelapa , usap dikepala mangsa dan beri minum air kelapa tersebut…..insyaalah mangsa akan memberi tindakbalas dalam masa yang cepat…

Wednesday, 24 August 2011

PETUA MENGHILANGKAN BAU KETIAK MASAM



Ketiak berbau masam membuatkan sesorang berasa tidak selesa untuk berada dikhalayak ramai. Sedikit sebanyak menganggu pergaulan dan menjatuhkan imej. Sahabat sendiri pun kadang kadang tidak melayan jika kita berhadapan dengan masalah ini.

Di sini saya ada satu petua yang boleh digunapakai dan diamalkan oleh kawan kawan semua.
Petuanya ialah :
-        Anda ambil timun (mengikut anggaran) dan kisar. Sebab anda perlukan "jus" nya.

-          Kemudian, lumurkan jus timun tadi ke seluruh badan anda. Terutamanya pada bahagian ketiak.

-   Biarkannya serap ke tubuh anda dalam beberapa minit sebelum membersihkannya atau mandi.

-           Lakukan cara ini setiap 2 minggu sekali sampailah anda merasai hasilnya.

-   Jika anda mengamalkan secara berterusan, ia bukan saja mampu menghilangkan bau badan. Malah dapat menyegarkan badan dan mengelakkan daripada terkena penyakit kulit.

Sumber petua :
http://petuasejagat.blogspot.com
PetuapetuapetuapetuapetuapetuapetuapetuapetuapetuapetuaPetuapetuapetuapetuapetuapetuapetuapetuapetuapetuapetuaPetuapetuapetua

Tuesday, 23 August 2011

PETUA MENGURANGKAN RASA SAKIT AKIBAT SENGATAN LIPAN ATAU LEBAH



Ambil asam jawa, tumbuk serta sapukan pada bahagian yang terkena sengatan..insyaalah bisa sengatan akan berkurangan.
petuapetuapetuapetuapetuapetuapetuapetuapetuapetuapetua

Friday, 12 August 2011

Pisang Merawat Kudis dan Luka

Pisang  Merawat Kudis dan Luka Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut 

Sunday, 31 July 2011

Mengurangkan Tekanan


Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.

Luka Bersalin

Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-
  1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
  3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
  4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
  5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Thursday, 21 July 2011

Khasiat Tembikai

Tembikai sejenis buah buahan yang sedap dipandang dan juga sedap dimakan...tahukah kita tembikai juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri..........
Apa itu tembikai?
Tembikai ialah buahan yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah..
selamat mencuba.......

Monday, 11 July 2011

Melembut Dan Melicinkan Kulit


Ambil sedikit susu tepung bayi.
Campurkan dengan sedikit air dan madu. Biar pekat. Lumurkan ke wajah dan seluruh badan. Biarkan selama 5-10 minit. Setelah itu, bersihkan wajah dan badan dengan air suam dan selawat ke atas Nabi 3 kali. Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan.

Thursday, 30 June 2011

PETUA PECAH BATU KARANG




Sejak kebelakangan ini,kita banyak mendengar ramai yang terkena penyakit batu karang, samada hempedu atau buah pinggang.Ada yang mengambil jalan singkat terus buat pembedahan sahaja.Malangnya,ada yang berbulan-bulan tidak dapat buat pembedahan,sebab barisan menunggu panjang sangat.Tidak kira dalam hempedu atau buah pinggang, semua boleh amalkan. Ambil
- 2 inci lempoyang
- 3 gelas air
Lempoyang dipotong dan diketuk.Rebus sehingga air tinggal ½ cawan.Seeloknya rebuslah dalam periuk tanah atau kaca untuk mengelakkan tindakbalas kimia yang keterlaluan,sekiranya kita menggunakan periuk aluminium.Minumlah setiap hari,sehingga batu karang pecah.Lempoyang juga bagus untuk orang berdarah tinggi dan sakit jantung.
Selamat mencuba.

Tuesday, 28 June 2011

ELAK PERUT BUNCIT

Ramai antara kita mempunyai perut buncit tidak kira lelaki atau pun perempuan. Gejala ini menyebabkan anda berasa tidak segak dan cantik kerana pemilihan pakaian juga sudah terhad. Jadi untuk mengelak perkara ini terus terjadi. Perahkan sedikit dua biji  limau nipis serta bancuh secawan the pekat manis. Satukan kedua duanya dan minum sewaktu ianya suam, minumlah selepas mengambil sarapan pagi dan tengahari. Perlu ingat anda jangan sekali kali menambah gula dalam minuman tersebut. Tujuannya petua ini adalah untuk memecahkan lemak dalam perut…. Selamat mencuba.

Monday, 27 June 2011

SUSU KAMBING




Khasiat susu kambing jenama BEST GOAT

a) dapat membantu memulihkan gastrik,ulser perut, penyakit kuning, insomnia,
Hepatitis A, migrain, gout, buah pinggang, kencing manis dan membantu mencegah
kanser.

b) Disyorkan untuk golongan yang alah pada susu lembu.

c) Tinggi dengan kalsium yang sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi
kanak-kanak

d) Kaya dengan protein, enzim-enzim dan vitamin A yang penting untuk
kesihatan.

e)Sangat sesuai untuk ibu mengandung dan juga bagi ibu-ibu yang menyusu.

f) Membantu menguatkan tulang dan gigi orang dewasa

g) Menyeimbangkan kandungan gula dalam darah.

h) Mencantikkan kulit dan merawat penyakit kulit
  
i) Menguatkan sistem immunisasi paru-paru dan bersifat anti-arthritis

mempunyai 15 Paket SUSU dalam satu kotak

Harga asal untuk:
sebelah Barat RM35.00
sebelah timur RM40.00


TELAH DIKURANGKAN SEBANYAK RM5.00
Harga termasuk post laju

COD juga disediakan di kawasan bangi, kajang, balakong, putrajaya dengan
pembelian melebihi 1 kotak.

jika berminat email saya di syhjehan@yahoo.com

- KESIHATAN ADALAH NIKMAT HIDUP - TIADA GUNA HARTA BERJUTA JIKA KESIHATAN
TIDAK BAIK.

Price: RM 30

MENGHILANGKAN BAU BADAN



Bau badan merupakan salah satu penyebab yang mendorong anda merasa rendah diri dan mempengaruhi kita dalam pergaulan seharian dengan orang ramai….
Banyak kaedah atau petua yang boleh diamalkan oleh anda antaranya ialah dapatkan sedikit tawas dan jadikan ia serbuk. Gaulkan dengan sedikit beras. Selepas itu sapukan dengan rapi ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum anda tidur…insyaalah mujarab jika diamalkan selalu.

KERACUNAN MAKANAN

KERACUNAN MAKANAN
Tahukan anda jika berlaku keracunan makanan atau apa apa sahaja jenis keracunan dan pada masa tersebut hospital lagi jauh… agak agaknya apa yang perlu anda lakukan…jangan panik....cuba ambil segengam kangkung, kisar dan minum airnya… selain kisar boleh juga dimakan kangkung tersebut. insyaalah
Selain daripada khasiat kangkung, air kelapa juga amat mujarab dalam dalam hal ini… kalau tk percaya cubalah…