Sunday 1 April 2012

Thursday 29 March 2012

PETUA MENGHILANGKAN RASA GATAL


Kegatalan mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Tapi petua yang saya nak bagi ini adalah bagaimana menghilangkan rasa gatal yang disebabkan oleh Ulat bulu. Apa yang anda perlu lakukan ialh ambil sepotong kunyit dan parutkan kunyit tersebut. Kemudian campurkan dengan kapur sirih dan air. Selepas itu panaskan ramuan tersebut dan bila sudah sejuk sapu pada bahagian gatal. Insyaalah.. masalah gatal akan hilang

Tuesday 27 March 2012

PETUA MENGELAK DENGKUR SEMASA TIDUR


Ambil 7 biji badam dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian, campurkan dengan air susu suam dan kacau sehingga sebati.  Minum setiap kali masuk tidur…

PETUA MELEBATKAN RAMBUT




Jangan rungsing jika rambut anda kurang lebat. Cuba petua ini. Ambil beberapa helai daun rambutan pasti dapat membantu masalah anda ini. Caranya bersihkan daun rambutan dan ramaskan ia ke dalam bekas berisi air. Biarkan seketika sehingga lendir daun keluar.
Selepas itu, anda ambil lendir tersebut dan usapkan dikepala anda. Biarkan selama 20 minit. Lepas itu bilaskan dengan air bersih. Amalkan dua kali dalam seminggu untuk dapatkan hasil yang baik…selamat mencuba.

Sunday 25 March 2012

MADAH KATA

PETUA TEPUNG UBI CEGAH RUAM




Tahukan anda tepung ubi yang selalu digunakan untuk membuat kuih dapat digunakan sebagai sumber untuk menghindar penyakt ruam. Caranya ialah selepas mandi sapukan tepung ubi ditempat yang terkena ruam. Pastikan tempat yang berpotensi dinjangkiti ruam disapu dengan tepung ubi.